Pengenalan :MIABIZZ

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia.

Malay Inaugural Agri&Agroprenuer (MIA) dan akan dikenali sebagai 'MIABIZZ' ditubuhkan bagi menawarkan satu konsep  perniagaan yang berorientasikan Pertanian & Perternakan. Kami merupakan salah satu daripada ratusan ribu usahawan bumiputera di Malaysia yang menjadikan perniagaan ini sebagai teras dan memberi fokus yang mendalam demi kebelangsungan serta menjadi pelengkap kepada kitaran permintaan dan penawaran bahan mentah yang kini menjadi salah satu aspek yang penting kerana ianya adalah merupakan antara keperluan asas bagi keperluan serta menbangun sektor industri makanan negara.
Pada peringkat fasa pertama penubuhan, kami lebih cenderung untuk mengeluarkan hasil tanaman dan ternakan iaitu cili api kampung, ikan keli, ikan tilapia,ikan puyu dan kambing  kampung. Dengan kawasan tanaman dan ternakan seluas 7 ekar di lokasi yang strategik di daerah Rembau, Negeri Sembilan dan daerah Pontian, Johor Darul Takzim.

V I S I
Menjadi pemain dan pesaing di dalam industri pertanian dan penternakan

M I S I
Membentuk. membangun sistem perniagaan serta melahirkan lebih ramai usahawan tani & ternak (Agri&Agropreneur) dalam jangkamasa sepuluh (10) tahun akan datang.


 

MIABIZZ-Produk IKS

MIABIZZ-Produk IKS
Jeruk Cili Api- RM 4 sebotol

MIABIZZ-Produk IKS

MIABIZZ-Produk IKS
Ikan Keli Salai RM 18 sekilo

MIABIZZ-Produk IKS

MIABIZZ-Produk IKS
Karipap Frozen-RM 5